Wednesday, October 28, 2009

SUK Perak pagi ini



Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jeep, dua truck Unit Simpanan Persekutuan dan dua truck meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pada jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails