Thursday, December 3, 2009

Kami minta maaf kepada rakyat Malaysia.. DAP

KUALA LUMPUR:

DAP Perak mengakui tindakan beberapa pemimpinnya memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri berkenaan ketika menghadiri konvensyen DAP Ahad lalu, sebagai tidak wajar dilakukan.

Berikutan itu, mereka memohon maaf kepada rakyat atas perlakuan berkenaan.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pihaknya kesal dengan tindakan yang tidak wajar dilakukan itu dan permohonan maaf dibuat kepada semua rakyat yang berasa tersinggung dengan insiden itu.

"Kami minta maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dan mengaku membuat salah.

"Ini adalah kenyataan terakhir kami berhubung isu ini dan berharap ia akan selesai. Kami akan memastikan ia tidak akan berulang kerana kita kini harus fokus kepada isu rakyat.

"DAP parti yang berbudi bahasa tetapi kami tidak bertoleransi terhadap pengkhianat kepada rakyat," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Media sebelum ini menyiarkan laporan dan gambar beberapa pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dan Nga sendiri memijak gambar tiga Adun Bebas Perak iaitu Kapten (B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Fong (Jelapang) pada konvensyen parti itu Ahad lalu kerana tindakan mereka keluar dari pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada DAP akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang meletakkan poster tiga Adun itu di atas lantai, Nga berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian berikutan perbuatan itu menggambarkan perasaan mereka dan ia berlaku ketika mesyuarat parti.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails