Saturday, June 26, 2010

Alahai.. menggigit jarilah UMNO buat masa ini..

Dr Asri tak cadang sertai parti politik

Jun 26, 10

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan hari ini yang beliau sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

“Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asri berkata pada masa yang sama, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini,” katanya.

Desas-desus kemasukkan Asri ke Umno bertiup kencang sejak awal bulan ini tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila pada malam semalam antara 40 ulama muda yang menyertai parti itu, kelibatnya tidak kelihatan.



Pada sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno, ahli MT, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Asri akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails