Sunday, July 11, 2010

Mesyuarat UMNO Sg Petani kecoh..

Walaupun mesyuarat mereka ini dhadiri dan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abd Azeez Abd Rahim dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, kehadiran mereka ini tidak lebih sebagai batu atau tunggul ditepi jalan yang langsung tidak dihormati oleh perwakilan..

Kekecohan hampir 45 minit bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku

Kah.. Kah.. Kah..


Mesyuarat Umno Sg Petani kecoh

Jul 11, 10

Persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan ketua bahagian Ali Yahaya berucap di majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi ketua bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah naib ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.

"Dia tidak layak jadi ketua bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas timbalan ketua bahagian, Abu Bakar Ahmad.

Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat Umno terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.

Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.

Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.

Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat Umno menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut.

- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails