Monday, March 7, 2011

PKR! Jangan Tamak!

Kerana menyiarkan foto seorang pemimpin UMNO dari Permatang Pauh yang telah bersama dengan penduduk Seberang Jaya mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dalam Ceramah Perdana di Seberang Jaya bulan lepas (sila lihat di SINI), aku menerima SMS dari pemimpin itu sendiri bunyinya “ Terima Kasih Samsul kerana menyiarkan gambar Abang Non didalam Facebook dan juga Blog”…

Meskipun tindakan aku menyiarkan gambar beliau menghadiri ceramah itu membuatkan beliau terpaku kedinding aku hargai terima kasih darinya itu kerana aku memandang dari sudut yang positif, aku anggap itu satu penghargaan buat aku dan aku juga anggap beliau ikhlas dalam menyatakan terima kasihnya itu..

Aku hargai kerana biarpun beliau seorang pemimpin dari UMNO (parti yang aku tentang)yang memang terkenal di Permatang Pauh, beliau sanggup berusaha untuk menyatakan Terima Kasihnya kepada aku..


Beliau bersusah payah mencari nombor HP aku dan beliau tidak berkata “Alaa… Sorang Blogger saja tu..” sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang pemimpin PKR bila diutarakan isu seorang sahabat seperjuangan yang disaman Rais Yatim.

“Alaa… Sorang Blogger saja tu..” itu penghargaan buat sahabat yang telah bersama PKR sejak dari era Reformasi lagi. Satu ayat yang menjelaskan kepada kita bagaimana seorang Blogger dihargai.

Lagi SMSnya berbunyi “ Nyatakan yang benar walaupun tidak dibenar kerana yang benar tetap benar”.. satu ayat yang andaikata dipegang oleh kebanyakkan juak-juak yang kerjanya membodek pemimpin tak kiralah dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat akan menyebabkan permasalaahan rakyat akan menjadi satu isu yang amat sukar untuk kita dengar di dalam Media Massa..

OK.. itu mukadimmah.. berbalik kepada tajuk entry aku diatas tu.. PKR Jangan tamak.

Dalam mengulas isu mengenai pembahagian kerusi antara PKR dan SNAP di Sarawak Saudara Aspan Alias menulis “Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus dengan DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?”

Biarpun Saudara Aspan Alias itu adalah seorang yang menyokong UMNO rasanya memang ada kebenaran dari apa yang ditulisnya itu tentang PKR, satu pandangan yang wajar diberikan perhatian dan penilaian yang serius oleh pimpinan PKR.

Bagi aku pula.. Kenyataan itu hanya menunjukkan kepada rakyat Sarawak apa yang dimaksudkan oleh Kuasa Autonomi yang telah dijanjikan oleh pemimpin PKR kepada Sarawak jika Pakatan Rakyat Berjaya menguasai Putrajaya.

Dalam isu Pilihanraya Sarawak Mengapa PKR tidak boleh mencontohi DAP yang hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN dan begitu tamak hingga mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak.

Memang PKR perlu lebih banyak kerusi untuk membolehkan salah seorang pemimpinnya dinobatkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat Berjaya ke Putrajaya, tapi salahkah jika SNAP diberikan keutamaan di Sarawak dalam menentang Barisan Nasional Sarawak, sedangkan SNAP telah berada lama di bumi Sarawak dan SNAP sendiri telah berjuang untuk rakyat Sarawak lebih lama dari PKR.

Mengapa perlu mencetuskan sengketa dengan SNAP sedangkan telah ada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bahawa Ketua Umum PKR itu akan tetap dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya Pakatan Berja Ke Putrajaya..

Perlukah PKR mencari kuantiti yang tidak berkualiti hingga hasilnya sama dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.. Tidak berkualiti hingga boleh dibeli ..

Ingat pesan nenek moyang kita “Orang tamak selalu rugi”..

Daripada sibuk berebut menentukan bilangan kerusi dengan SNAP dalam Pilihanraya Sarawak itu lebih baik Pemimpin-pemimpin PKR menyelesaikan segala permasaalahan yang timbul akibat Pemilihan 2010 yang lalu.

Permasalaahan yang kononnya dikatakan telah selesai oleh JPP tetapi dinafikan oleh beberapa pemimpin PKR yang telah membuat laporan itu.. penafian yang sekaligus meletakkan JPP sama tarafnya dengan SPR yang menipu dalam mereleasasikan impian segelintir pemimpin dalam UMNO/BN. Sila baca di
SINI.

Ramai ahli-ahli PKR di akar umbi yang masih menantikan dengan sabar apa hasil keputusan siasatan oleh JPP tentang laporan-laporan penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan itu. Ramai juga ahli-ahli PKR yang tidak percaya bahawa JPP itu adalah sama dengan SPR, jadi.. jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu umpama menunggu buah yang tak jatuh..

Nenek moyang kita juga ada berpesan.. Jangan yang dikejar tak dapat.. yang dikendong pula berciciran..

Itu pesan dari aku buat beberapa pemimpin PKR yang kelihatan mula tamak dengan kuasa dan juga pesanan buat beberapa pemimpin yang mula menunjukkan keangkuhan mereka dengan berkata “ Nak keluar??.. keluar!!.. satu pergi 200 mari..” bila terdengar berita Ahli PKR keluar parti..

Bercakap tanpa mengambil kira penat lelah ahli-ahli dibawah yang telah mengambil inisiatif untuk menyatukan kembali ahli-ahli yang bersengketa kerana pemilihan itu..

Alaa.. Aku ni kan seorang Blogger saja.. korang nak dengar, korang dengar tak nak dengar tak apa.. tapi pandangan aku dari bawah adalah tidak ditapis sebagaimana apa yang dilihat dan didengar oleh korang Pemimpin-pemimpin PKR..

Dan buat yang akan mengatakan kepada aku bahawa perkara sebegini sewajarnya disuarakan melalui saluran dalaman.. Contoh saluran dalaman dalam PKR ialah JPP itu sendiri..

Dibawah adalah tulisan Aspan Alias..


Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.

Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.

Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.

Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan ‘coalition’ yang lebih besar

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/pilihanraya-sarawak-pkr-tidak-matang.html

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails