Sunday, May 1, 2011

Percayakah anda Datuk T diancam bunuh??

Ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur Trio 'Three Stooges' kelihatan seperti Chimpanzee kerana telah memakai jaket kalis peluru ini kerana menurut mereka, mereka telah diancam dengan ugutan bunuh dua minggu yang lalu..

Ugutan bunuh itu sebenarnya tidak lebih dari sebuah cerita rekaan oleh 'Three Stooges' itu untuk mensensasikan cerita rekaan mereka..

Apa yang jelas dalam kejadian sumpah laknat itu.. ialah lagi sekali kita telah diperlihatkan betapa pentingnya 'Three Stooges' ini kepada UMNO/BN sehingga mereka diberikan perlindungan oleh pihak polis sehingga memakaikan mereka dengan jaket kalis peluru untuk menjalankan sumpah laknat itu..


Datuk T diancam

BANGI – Ugutan bunuh yang diterima dua minggu lalu menyebabkan trio Datuk T terpaksa memakai baju kalis peluru ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, ugutan itu bukan sahaja membabitkan beliau dan rakan-rakannya, malahan juga keluarga mereka.

“Saya sendiri terima ugutan, (Datuk Shazryl) Eskay (Abdullah) pun terima Kami juga sudah buat laporan polis,” kata Abdul Rahim.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan di mana laporan itu dibuat, atau bagaimana cara ugutan itu diterima.

Namun katanya, apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan semangat mereka untuk membuktikan dakwaan dengan bersumpah laknat di masjid itu, kelmarin.

“Ini soal nyawa, itulah sebabnya kami pakai baju kalis peluru,” katanya.

Mengenai kekecohan semasa sumpah laknat, Abdul Rahim menyifatkannya sebagai tindakan terdesak penyokong PKR untuk menghalang sumpah itu disempurnakan.

“Keadaan seperti itu tidak harus berlaku jika mereka gunakan akal fikiran, bukan taksub kepada pemimpin hingga sanggup membelakangkan kebenaran,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau dan rakan-rakannya bukan mahu melakukan sesuatu yang salah, bersumpah di dalam masjid.

“Ini disebabkan sikap fanatik terhadap pemimpin mereka,” katanya selepas menyampaikan ucap tama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UMNO Bahagian Serdang semalam.

Beliau mewakili dua rakannya turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Masjid Amru Al As kerana memberi keizinan untuk melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat kelmarin.

“Terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga keselamatan kami dan minta maaf atas kekecohan yang ternyata mengejutkan dan di luar kawalan kami,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails