Tuesday, July 5, 2011

10,000 Pengundi Hantu dikesan di Selangor

Sebelum itu... Seorang warga emas penyokong tegar UMNO telah berkata kepada seorang sahabat aku bila isu 88 pengundi satu alamat dibangkitkan "BOHONG!! mana ada benda macam tu.. kita ni dah 54 tahun Merdeka, tak mungkin ada lagi benda macam tu...aku tak percaya, hang tunjuk bukti kat aku.."

Panas telinga kawan aku mendengarnya lalu dia meminta tempoh sehari atau dua hari bagi membuktikan dakwaan itu..


Biarpun aku tak faham apa kena mengena Merdeka dengan isu 88 pengundi satu alamat tu.. aku tolong juga kawan aku tu buktikannya.. print keluar semua daftar pengundi yang ada alamat tu jumlahnya lebih dari 100 helai dan semak semula jumlah pengundi di situ.. jumlahnya ialah 91 orang semuanya bukan 88 orang..

Tak tahulah pulak macam mana muka warga emas itu bila melihat seluruh daftar pemilih yang ada alamt yang sama tu..

Berita ini juga berkenaan pengundi hantu.. korang bacalah.. nampaknya semakin banyak hantu yang berdaftar sebagai pengundi sekarang..

Pemuda PAS dakwa 10, 000 pengundi hantu di Selangor

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.

“Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.

“Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN,” katanya.

Sokong Bersih

Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.

Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.

Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang.

“Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu,” katanya.

Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails