Saturday, March 31, 2012

Scandal NFC: Samanlah.. minggu depan kami akan dedahkan lagi - Rafizi


SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan, beliau dan rakan-rakannya dalam parti itu menghormati hak NFCorp untuk menyaman pihaknya berhubung siri pendedahan yang telah dibuat, tetapi tidak akan tunduk kepada ugutan bahawa akan dikenakan tindakan undang-undang.


Semalam, NFCorp membuat kenyataan media bahawa telah membuat satu laporan polis terhadap Rafizi, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Wanita parti, Zuraida Kamaruddin mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.

Nurul Izzah dan Zuraida merupakan Ahli Parlimen.

Kesalahan itu kononnya dilakukan ekoran tindakan Rafizi, Nurul Izzah dan Zuraid mendedahkan pembelian lapan unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wnaita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarga beliau dalam pembangunan KL Eco City pada satu sidang akhbar bulan lalu.

Shahrizat tidak akan kekal sebagai anggota Kabinet apabila tempoh perkhidmatan sebagai senator berakhir 8 April ini.

“Sementara saya menghormati hak NFCorp dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFCorp supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media, hari ini.

Rafizi yang membuat siri pendedahan sejak awal November lalu berlalu berkata, beliau sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes semasa.

“Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFCorp dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku dalam NFCorp dibongkar wajib dihormati,” katanya lagi.

Malah Rafizi juga berkata, laporan polis NFCorp semalam tidak sedikit pun mengganggu perancangan PKR untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails